Oleh kerana saya (penulis) tinggal di Melaka maka saya terpaksalah bersendirian memandu jeep 4x4 membawa boat melalui Kuantan. Saya singgah Kuantan mengambil dua orang kawan untuk menyertai cabaran BOTR 2013 ini.
Kami mengambil bahagian di dalam acara casting. Kumpulan kami bernama TIGA JURAGAN. Ia, kami bertiga memang boleh dipanggil Juragan kerana pakar tangkap ikan. Kepakaran kami bukan dalam bidang memancing tetapi dalam bidang menjaring. Oleh kerana Pihak Penganjur Berita Harian dan TV3 tidak menganjurkan pertandingan menjaring, maka kami masuklah pertandingan memancing ini. Doakanlah kami beroleh kejayaan.
Ahli Kumpulan Tiga Juragan memperkenalkan diri: dari kiri Mohd Nor bin Badaruddin, Mohd Lizah bin Hashim, Mazlan bin Mahmud.
1. Mohd Lizah bin Hashim dari Kampung Sungai Rambai Melaka adalah Juragan Selat Melaka.
2. Mohd Nor bin Badarudin dari Tanjung Api Kuantan Pahang adalah Juragan Lautan Pasific
Selatan.
3. Mazlan bin Mahmud dari Chenor Maran Pahang adalah Juragan Sungai Pahang
Gambar ini diambil di Kuantan. Selepas gambar ini diambil blog ini disiarkan, kami pun meneruskan perjalanan ke Kenyir.
Kami berhenti isi minyak dan makan tengah hari di Kuala Berang, selepas itu kami meneruskan perjalanan. Kira-kira 10 km sebelum sampai ke Tasik kenyir, jeep kami meragam, suhu engin menjadi panas. Kami berehat kira-kira 30 minit untuk menyejukkan engin, setelah tangki radiator dipenuhkan semula dengan air, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Tasik Kenyir.
Kami sampai ke Pengkalan Gawi pada jam 5.00 petang. Setelah menurunkan boat kami berehat menunggu konvoy Boat On The Road. Setelah konvoy sampai jam kira-kira 6.00 petang, barulah kami mlaporkan diri dan diberi dokumen penyertaan. Kumpulan kami di tempatkan di Boat House C3.
Makan malam diadakan jam 9.00 malam, selepas itu sessi taklimat tentang kawasan-kawasan memancing dan peraturan-peraturan mengenainya diadakan. Selepas itu para peserta semua pulang ke Boat House masing-masing.
Pada keesokan harinya selepas minum pagi para peserta menyiapkan speed boat masing-masing dan menunggu di medan pelepasan boat di hadapan Pengkalan Gawi. Semua boat telah ditampal nombor besar di kedua-dua belah penutup engin. No 56 adalah kepunyaan kumpulan Tiga Juragan. Semua peserta diwajibkan memakai life jacket dengan sempurna sepanjang masa berada di dalam boat. Upacara pelepasan bermula jam 8.00 pagi. Semua boat peserta mengekori boat pandu menuju ke arah Sungai bayan yang mengambil masa perjalanan jira-kira 45 minit. Di check point telah menunggu dua kumpulan marshall yang memeriksa dan mengeluarkan kad check ini mengikut nombor yang terpampang pada penutup boat.
Peserta yang telah menerima kad check in dibenarkan memancing di mana-mana sahaja tetapi tidak dibenarkan menyeberang tanda sempadan yang telah dipasang bola putih berantai.
Kami memulakan casting di Sungai Leban Trengganu di persekitaran pulau-pulau yang sedang dibangunkan kompleks bebas cukai Tasik Kenyir. Sepanjang masa kami bertungkus lumus bercasting tetapi tidak berhasil. Selepas itu kami memancing di muka Sungai Petang dan air terjun Sungai Merah, juga tidak membuahkan hasil. Jam 1.00 tengah hari kami berhenti memancing dan balik ke Boat House. Boat House masuk ke tempat kami memancing mengekori kami mengambil masa perjalanan kira-kira dua jam dan bersantai di Sungai Leban.
Selepas makan tengahari, solat dan rehat di Boat House, kami meneruskan pancingan di beberapa tempat hingga jam 7.00 petang dan menyerahkan balik kad check ini kepada meja hakim yang bersantai juga di Sungai Leban.
Keesok harinya selepas sarapan, jam 7.00 pagi kami turun semula ke boat, memakai life jacket dan terus ke BoT House Hakim dan terus memancing secara casting di persekitaran air terjun sehingga jam 10.00, selepas itu kami memancing pula secara trolling hinggalah tamat tempoh memancing. Jam 11.30 pagi kami serah balik kad check in kemeja hakim. Selama satu hari setengah kami memancing tak seorang pun dikalangan kami yang dapat menaikkan ikan.
Boat kami diikat di belakang Boat House bersama pesert yang lain secara berangkai untuk dibawa bersama kami semua ke Pengkalan Gawi.
Upacara penutupan rasmi dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Datuk Ahmad Said Menteri Besar Trengganu.
Senarai pemenang bagi categori casting:
Pertama: Team Alucast 4
Kedua: Team Alucast 12
Ketiga: Team Pacat 4
Senarai pemenang bagi categori Bottom (Boat House)
Pertama: Choy Mom Kee (79 tahun)
Kedua: Hamzah Kassim (34 tahun)
Ketiga: Azaiedie Ali (51 tahun)
Cabutan bertuah telah diadakan selepas penyampaian hadiah pertandingan. Dua dari tiga akli kumpulan Juragan berjaya dalam cabutan bertuah. Mohd lizah Hashim dari Sungai Rambai Melaka memenangi sebuah boat. Hadiah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Trengganu. Mohd Nor Badarudin dari Tg Api Kuantan memperolehi sebuah hamper.
Upacara penyampaian hadiah dan minuman rengan tamat jam 5.00 petang. Dalam perjalan pulang selepas Almutakaffi Billalshah, jeep kami meragam dan tak boleh bergerak. Dengan bantuan seorang kawan, boat diatas jeep dinaikkan di atas lori dibawa ke Kuantan. Inilah pertama kali kami merasa perjalanan duduk di dalam jeep yang membawa boat dan jeep itu duduk di atas towing lorry.
Jeep kami dibawa ke sebuah bengkel di Kuantan untuk dibaikki. Kami sampai di bengkel jam 11.30 malam. Dari Kuantan ke Melaka Mohd Lizah naik bas. Kami berasa berdukacita ahli kumpulan Mazlan Mahmud kehilangan smart phone yang baru dibelinya. Pada pndapat saya kemungkinan smartphone itu terjatuh ketika memanjat lori dan memanjat untuk duduk dalam jeep di dalam kegelapan.