Hari raya ketiga:
Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Yang Berhormat Dato' Hassan Abdul Rahman di kampung Parit Perawas, Sungai Rambai, Melaka.
Jumaat, 9 Ogos 2013
Rabu, 7 Ogos 2013
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN DAN KELUARGA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN DAN KELUARGA DENGAN IRINGI DOA SEMUGA SEMUANYA SENTIASA SIHAT WALAFIAT DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. DIKESEMPATAN INI SAYA DAN KELUARGA MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF ANDAINYA TERKASAR BAHASA DAN TERSALAH SILAP DALAM PENULISAN DAN PERBUATAN. AKHIRNYA SAMA-SAMALAH KITA BERDOA SEMUGA TALI SILATULRAHIM DIPERERATKAN. WASSALAM.
Ahad, 4 Ogos 2013
BUAH DURIAN DAN TUPAI
Kadang-kadang hidup di dunia ini kita sering kali berada di dalam keadaan serba salah dan fikiran menjadi buntu untuk mencari penyelesainya kepada masalah yang dihadapi.
Walaupun perkara pokok persoalannya bukanlah perkara yang sangat serious, namun disebabkan kita merasa sangat kecewa kerana ganguan alam semula jadi yang menjadikan kita hampa untuk menikmati hasil usaha kita.
Bila durian yang ditaman dari baka terbaik, dibaja dan diselenggarakan sewajarnya, sampai waktu berbuah, hati yang pada mulanya sangat gembira kerana tanaman durian mula mengeluarkan hasil tiba-tiba hati merasa sangat sakit bila mendapati buah-buah durian yang hampir masak telah ditebuk oleh tupai. Bukan sebiji tertapi berbelas biji.
Pokok duriannya bukanlah banyak hanya dua batang sahaja, yang ditanam di antara renggang pokok kelapa sawit. Jumlah buah kira-kira 60 biji.
Beberapa option telah difikirkan caramana untuk menyelamatkan baki buah durian yang masih belum dimakan tupai.
Option 1: Upah orang tembak tupai. Penembak susah dicari, lagipun tak berbaloi berbanding dengan buah yang ada.
Option 2: Pasang jebak atau perangkap. Tidak sesuai kerana tupai lebih tertarik buah durian dari pisang (umpan).
Option 3: Disampul buah dengan penyampul dawai. Tidak praktikal kerana kos tinggi dan sukar membalutnya kerana buah dihujung dahan.
Option 4: Halang tupai melompat. Tak boleh dahan sawit tidak boleh dicantas.
Option 5: Buat pondok tunggu, pasang perenduh, atau sediakan lastik. Tak sesuai buang masa membosankan.
Option 6: Petik semua buah, jolok dengan galah. Option ini amat sesuai. Buah-buah durian yang baru dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang telah dilapik lima lapis kertas surat khabar. Letakkan 4 butir carbide di atas dua lapis kertas surat khabar dan dibungkus kemas diikat dengan getah geret. Satu bungkus letak di bawah, kemudian susun buah durian tangkainya keatas hingga penuh bakul dan di atas buah letakkan satu lagi bungkusan carbide (satu bungkusan 4 butir atau 120 gram). Tutup dengan ima helai surat khabar dan dihempap dengan papan atau plywood. Satu bakul dengan 240 gram carbide hendaklah mengandungi 20 kilogram durian. Durian diperam selama dua hari. Hari kedua lapik atas bakul hendaklah dibuka. Hari ketiga durian yang diperam masak sepenuhnya.
Jika buah durian yang diperam sudah cukup tua rasanya sama hebat dengan durian yang dikutip di bawah pokok induknya.
Langgan:
Catatan (Atom)