Alkisah maka tersebutlah kisah Vasco Dagama yang telah beberapa hari berada di Brazil telah melihat buat kali pertama beberapa kanak-kanak dan orang-orang muda bermain satu permainan di padang rumput secara menendang satu objek bulat yang boleh melantun.
Vasco Dagama amat tertarik dengan permainan mereka lalu membeli beberapa objek bulat tersebut dan meneruskan pelayarannya.
Beberapa bulan kemudian Vasco Dagama telah sampai ke Negara China, dan telah menghadiahkan dua butir objek bulat tersbut kepada Maharaja China serta telah menunjukkan cara permainan seperti mana yang dilihatnya ketika berada di Brazil.
Maharaja China amat tertarik dengan permainan itu dan bertanya apakah nama objek bulat tersebut.
Vasco Dagama telah lupa nama objek bulat yang disebut dalam bahasa Brazil dan memohon maaf kerana tidak dapat memberi nama yang ditanya.
Oleh kerana Maharaja China cenderung sangat ingin tahu mengapa objek bulat itu boleh melantun, maka telah diperintahkan supaya menterinya membelah objek bulat tersebut dengan pedang untuk mengetahui apa ada di dalamnya.
Sebaik sahaja objek tersebut terbelah dua, dilihatnya tiada apa di dalam iaitu kosong sahaja. Maka Menteri itu memberi tahu Maharaja dalam bahasa China 'boh la' bermaksud tiada apa-apa.
Vasco Dagama seterusnya telah meneruskan pengembaraannya dan telah singgah di Melaka, mengadap Sultan Mansur Shah dan telah menghadiahkan dua butir objek bulat tersebut.
Bila ditanya apakah nama nama objek tersebut, Vasco Dagama teringat ketika berada di Negara China, Menteri ada menyebut perkataan 'boh la' ketika memegang benda tersebut. Maka Vasco Dagama memberi tahu nama objek tersebut ialah 'bola'.
Maka orang Melaka pun bermainlah bola dan nama bola disebut sehingga ke hari ini...SELAMAT MENYAKSIKAN PIALA DUNIA 2014. PASUKAN BRAZIL PILIHAN SAYA.