Sabtu, 13 April 2013

SEJARAH PERTANDINGAN MEMANCING

PERTANDINGAN MEMANCING
Salah satu aktibiti readah yang amat diminati pada masa ini ialah menyertai pertandingan memancing. Peminat-peminat terdiri dari segala lapisan umur dari 16 tahun hingga melebihi 80 tahun. Hadiah-hadiah yang disediakan adalah selaras dengan bayaran yuran masuk pertandingan. Ada penganjur yang menyediakan hadiah untuk johan sehingga rm70,000.00 dengan yuran penyertaan rm100.00 dan diberi Tshirt percuma ketika mendaftar dan beberapa cabutan peserta bertuah yang menyediakan barang-barang bernilai seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
 Cerita tentang kesah pertandingan memancing ini mempunyai banyak versi berdasarkan kesah silam dan metos berbagai-bagai bangsa di dunia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu. Versi ini adalah berdasarkan cerita yang asalnya diambil dari kitab-kitab lama, Alquoran juga ada bercerita tentangnya secara sepintas lalu.
 Pada 10 haribulan bulan pertama (Muharam) tahun pertama "Tahun Pelarian" Nabi Musa dan 600,000 kaum Israil telah lari dari cengkaman Fir'un meninggalkan Mesir untuk menuju ke"suatu negeri" yang Tuhan janjikan kepada Nabi Musa untuk kaum Israil.  Pelarian ini berhenti dan berkampung di tempat-tempat yang mempunyai sumber air bercucuk tanam dan menternak. Bila bekalan telah cukup mereka meneruskan perjalanan kearah yang ditunjukkan Nabi Musa. Pelarian ini melintasi Padang Pasir Sinai berkelana selama 40 tahun hingga tiba di suatu tempat di Mana Nabi Musa Sakit dan wafat. Pembantu Nabi Musa bernama Jasoa mengambil alih kepimpinan kaun Israil. Jasoa mengistiharkan temoat Nabi Musa dimakamkan di atas sebuah bukit itulah letaknya negeri yang Tuhan janjikan untuk kaum Israil. Jasoa mengaragkan pembantunya Daud menyiasat status tempat itu. Tempat itu terletak di dalam negeri Kanaan yang diperintahkan oleh Palestin. Tidak lama selepas itu Jasoa jatuh sakit dan wafat. Setelah Jasoa wafat kepimpinan kaum Israil diganti oleh Daud.
 Kaum Palestin tidak tenang dan merasa terancam di atas kehadiran begitu ramai kaum Israil di negeri mereka dan selalulah berlaku pergaduhan dan kaum Palestin telah mengeluarkan amaran untuk menyerang kaum Israil jika mereka tidak meninggalkan negerinya. Daud telah diangkat oleh Tuhan sebagai Nabi kepada kaum Israil. Nabi Daud telah memohon kepada Tuhan kekuatan untuk menewaskan Palestin. Tuhan mengutuskan malaikat kepada Nabi Daud mengajar membuat baju besi dan peralatan perang. Nabi Daud dan kaun Israil berjaya mengalahkan Palestin dan dilantik sebagai raja bagi bahagian negeri yang ditawannya di kanaan.
 Kanaan mempunyai pantai yang indah berteluk-teluk serta mengandungi banyak ikan. Kaum Israil tidak tahu cara menangkap ikan kerana bapa dan atuk mereka tidak berkesempatan melihat laut ketika berkelana di padang pasir selama 40 tahun. Peminat nak jadi nelayan mengadap Raja Daud (Nabi) minta petunjuk cara menangkap ikan. Nabi Daud juga tidak tahu caranya kerana dia juga dulunya berkelana. Oleh demikian Nabu Daud memohon kepada Tuhan mengajarnya membuat peralatan menangkap ikan.
 Tuhan mengutuskan malaikat kepada Nabi Daud untuk mengajar. Pertama diajarnya membuat mata pancind (matanya sahaja) daripada besi dan yang keduanya diajarnya membuat jaring (perut jaring sahaja) daripada benang. Nabi Daud bertanya kepada malaikat mengapa tidak diajar hingga siap sempurna? Malaikat memberitahu tuhan memerintahnya supaya mengajar setakad itu sahaja supaya umat kamu menggunakan otak dan berfikir caramana hendak menyiapkan pancing dan jaring hingga boleh digunakan. Sehubungan dengan itu Tuhan mengarahkan apa yang diajarkan itu hendaklah diajar kepada kaum Israil yang berminat. Mereka hendaklah menyudahkan peralatan pancing dan jaring dengan sempurna. Selepas itu dalam masa yang sesuai dendaklah diadakan pertandingan memancing dan menjaring. Pemenang berasaskan tangkapan terbesar atau terbanyak. Peralatan (pancing atau jaring) yang digunakan hendaklah dipamirkan bersama-sama ikan yang dipertandingkan supaya dapat dilihat dan menjadi contoh yang boleh diikuti. Pertandingan hendaklah diadakan sebanyak enam kali. Tuhan mengarahkan Nabi Daud melantik penganjur dan menyediakan hadiah pemenang secara adil. Tuhan mengarahkan bila mereka telah pandai menangkap ikan mereka boleh turun kelaut menangkap ikan pada bila-bila masa yang mereka suka kecuali pada hari Sabtu mereka tidak boleh menangkap ikan kerana Tuhan menjadikan dunia ini dengan sempurnanya selama enam hari bermula hari Ahad dan berakhir hari Jumaat. Hari Sabtu adalah hari rehat (sabat)
Segal petunjuk dan arahan tuhan dan larangan menangkap ikan pada hari Sabtu telah disampaikan kepada kaum Israil. Nabi Daud telah menempatkan pengawal pantai supaya mereka tidak menangkap ikan pada hari Sabtu.
Bila mereka telah pandai menangkap ikan menggunakan pancing dan jaring mereka ingkar. Pada satu ketika petang hari Jumaat para nelayan melihat banyaknya ikan masuk ke teluk-teluk pantai. Sepatutnya mereka pulang pada waktu itu kerana malam hampir tiba. Oleh kerana banyaknya ikan masuk ke teluk mereka semua berpakat meletakkan jaring di muara teluk
dengan harapan ikan tidak dapat keluar supaya mereka dapat banyak ikan bila mereka turun semula pada hari Ahad.
Pada hari keesokkan harinya pengawal pantai Raja Daud tidak dapat meronda kerana cuaca buruk hujan dan ribut tidak berhenti menyebabkan ombak besar melanda pantai Kanaan. Hujan turun berterusan selama enam hari dan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Setelah hujan teduh dan laut tenang semula mereka turun ke laut dan mendapati jaring-jaring yang dipasang di muara teluk telah rosak dan sebahagian besarnya hilang.
Para nelayan mengadu kepada Raja Daud diatas kerugian yang menimpa mereka dengan harapan mendapat bantuan dan ganti rugi. Sebaliknya Raja Daud mengherdek mereka kerana memasang jaring pada hari Jumaat dan mengangkat pada hari Ahad bermakna mereka menangkap ikan pada hari Sabtu. Apa yang berlaku adalah balasan Tuhan kepada mereka kerana mengingkari larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.
Berbalik kepada pertandingan memancing yang dianjurkan, setelah diadakan selama tiga kali didapati orang yang sama menjadi juara. Didalam pertandingan seterusnya penganjur telah mengubah pemberian hadiah dengan cara memberi hadiah yang lebih besar kepada bukan juara. Juara pada pertandingan itu adalah juga orang sama menjadi juara sebelum itu. Juara tidak berpuas hati dan mengadu kepada Raja Daud. Raja Daud telah memanggil penganjur memberi penjelasan mengapa dia tidak memberi hadiah terbesar kepada juara. Penganjur mengatakan ialah untuk memberi peluang kepada orang lain mendapat hadiah terbesar. Raja Daud mendapat wahyu daripada malaikat bahawa orang yang mendapat juara berkali-kali dari awal beliau hendak menyiapkan pancing dan jaring sentiasa berdoa kepada Tuhan minta petunjuk untuk menyiapkan pancing dan jaring begitu juga semasa sebelum dan semasa pertandingan dijalankan beliau tidak berhenti-henti berdoa mendapat ikan yang banyak dan besar. Tangkapan yang diperolehinya itu adalah razeki yang diberi Tuhan kepadanya. Adalah salah bagi penganjur memberi hadiah terbesar kepada bukan juara kerana tindakan demikian
Adalah mendustakan pemberian Tuhan dan Tuhan akan membalasnya.