Ahad, 22 Disember 2013

Pertandingan memancing penuh kontroversi di atas kerosakan dacing

Pertandingan memancing anjuran 'pendatang baru' Management yang telah diadakan pada 22 December 2013 bertempat di Tasik Mardi, Kluang berakhir dengan kontroversi dan pembatalan.
     Yuran pertandingan RM100.00. Hadiah sapu bersih juara RM53,000.00 kedua RM15,000.00 ketiga RM6,000.00. Hadiah hingga ke tempat ke 90.0000

     Pertandingan yang pada jadualnya diadakan jam 9.00 pagi tertangguh selama 30 minit disebabkan pihak penganjur menyedari tiada dacing penimbang dan mengarahkan petugasnya mendapat dacing yang diperlukan. 
      Sebaik sahaja airhorn dibunyikan pada jam 9.30 pagi, maka para peserta melebihi 2000 orang mula memancing. Di sana sini riuh rendah dan banyak ikan dinaikkan.
      Pada 30 minit pertama dj mengumumkan melalui pembesar suara kedudukan 90 ranking, terberat 6 Kg dan teringan 3.1 kg. 
     Pada 30 minit kedua dj mengumumkan kedudukan 90 ranking terkini, terberat 8.7 kg dan teringan 4.2 kg. Dj menasihatkan para peserta yang memperolehi ikan yang beratnya kurang 4.2 kg supaya tidak menyerahkan ikan tangkapan atau melepaskan ikan balik ke air.
     Pada jam kira-kira 12.30 tengahari iaitu kira-kira sejam sebelum tamat pertandingan, ada beberapa peserta yang menghantar sendiri ikan tangkapan ke urusetia mendapati keanehan kerana ikan-ikan yang berada dalam ranking yang kecil berada di ranking atas.
      Setelah disiasat didapati dacing penimbang tidak diset dengan betul. Setelah pembetulan dacing dibuat dan penimbangan semula ikan-ikan dalam ranking dilaksanakan, didapati ikan teringan ialah 1.2 kg sahaja.
     Berita itu dengan cepat tersebar di kalangan para peserta.
     Para peserta yang memperolehi tangkapan kurang 4.2 kg yang ikan mereka telah ditolak oleh urusetia, atau telah tidak menyerahkan tangkapan mereka kerana telah difahamkan ranking teringan ialah 4.2 kg, yang telah melepaskan tangkapan mereka naik berang dan menyerbu ke dewan urusetia
dan menuntut supaya pertandingan dibatalkan dan yuran mereka sebanyak RM100.00 dikembalikan.
     Penganjur dengan rendah hati mengakui kelemahan mereka dan telah memulangkan semula wang mereka secara secara tunai kepada pembawa resit. 
      Kedudukan atau nasib kepada 90 pemegang ranking bagi pertandingan ini tiada diketahui.