Jumaat, 31 Januari 2014

TREE TOP ADVENTURE DI PHILIPPINES: Perkongsian Catitan Untuk Panduan

Dalam Telenovela Philippines 'Be Careful With My Heart'  bagaimana Richard Lim membawa tiga orang anak Luke, Nikki dan Abigail (Abby) bersama pengasuhnya Maya De Rosa serta tiga pembantu rumah dan seorang pemandunya pergi vacation ke suatu tempat di tengah Pulau Luzon yang dikatakan amat nyaman, bersih dengan pemandangan yang indah berhawa dingin dan banyak tampat menarik yang boleh dilawat, itulah Baguio City.

     Dari gambaran dalam cerita itu memang sungguh menambat hati terutama sekali adigan di dalam 'Tree Top Adventure'.

     Di dalam episod lain, diceritakan seorang peguam janda muda yang bernama Gie di dalam usaha mendekati Richard Lim, bertanya di dalam banyak tempat di dunia yang telah dilawati di manakah tempat yang paling menarik sekali? Richard Lim dengan serious menjawab untuk vacation bersama keluarga tidak ada tempat yang lebih menarik dari Baguio.

     Secara kebetulan saya sedang terfikir-fikir mencari distinasi untuk membawa keluarga vacation sempena cuti semester universiti. Setelah berbincang kami bersetuju untuk berkunjung ke Baguio.

     Oleh kerana Airasia telah menamatkan penerbangan ke Clark, maka kami telah mengambil penerbangan dari KLIA melalui Terminal LCC menuju Manila menggunakan pesawat AirasiaZest. Tambang (return) RM600.00 seorang (harga tambang berubah-ubah tertakluk kepada tarikh dan tempoh memuktamatkan tempahan.

     Penerbangan berlepas jam 11.15 pagi mengambil masa selama 3 jam 40 minit, mendarat Ninoy Aquino International Airport melalui Terminal 4 pada jam 2.55 petang.

     Pertukaran wang dari Ringgit Malaysia ke Philipines Peso ialah 7.7 sen = 1 Peso atau 77 sen = 10 Peso.

     Setiba di lapangan terbang, kami diberitahu waktu di sini ialah sama dengan waktu di Malaysia, tetapi fajar disini terbit lebih awal dan terbenam lebih awal. Di lapangan terbang kami mengambil MPV taksi amat sesuai untuk kami 6 orang. Distinasi kami ke Angeles City dengan bayaran 3,000 Peso. Jarak dari Lapangan Terbang Manila ke Angeles City ialah sejauh 120 km. MPV memulakan perjalanan jam 3.45 petang. Pada hari Jumaat merupakan waktu sibuk, mengambil masa  1 jam 45 minit melepasi kesesak lalu lintas Bandaraya Manila Kosmopolitan. Pada jam 5.00 petang MPV kami melepasi pintu tol masuk ke Ekspress Way.

                                 Di dalam MPV setiba di Manila dan menuju ke Angeles City.

Peta perjalanan dari Manila ke Baguio City.

     Kami sampai di Angeles City pada jam 6.30 petang. Kami mengambil dua bilik hotel dengan bayaran 3211 Peso sebilik. Angeles City merupakan tempat transit untuk meneruskan perjalanan keesokkan hari.

                                                      Hotel Penginapan di Angeles City.

                                                                  Bilik Penginapan.

     Angeles City adalah sebuah bandar yang mempunyai paling banyak kelab malam. Ia terkenal sebagai Night Life City. Jika anda Google tempat ni, anda dapat lihat beberapa tempat menarik di Angeles City. Walau bagaimanapun kami semua berehat di bilik hingga ke pagi hari.

    Pada pagi keesokannya, kami bersiar-siar di 'The Walking Street' yang terletak berhampiran hotel, yang dimana pada malam hari (night life) sangat sibuk, akan tetapi lenggang pada waktu siang.

Suasana malam hari di The Walking Street.

'Morning walk' di The Walking Street.

Salah satu tarikan di 'The Walking Street.



Bergambar bersama moto-beca.


Bergambar bersama Jeepney di Angeles City.

     Kami meninggalkan hotel jam 9.00 pagi menuju ke Terminal Bas. Kekerapan bas dari Angeles City ke Baguio setiap 15 minit.

     Kami menaiki bas jam 9.15 pagi. Tambang bas dari Angeles City ke Baguio ialah 300 peso seorang. 
     Perjalanan bas amat perlahan kerana sentiasa melalui kawasan padat penduduk dan banyak muka jalanraya yang yang sedang dibaiki. Bas tidak mengikut jalan Ekspress Way kerana mengambil dan menurunkan penumpang di bandar-bandar tertentu.

     Bandar pertama kami berhenti selama 15 minit ialah Tarlac City. Jaraknya dari Angeles City ke Tarlac City ialah 30km mengambil masa 1 jam 30 minit. Seterusnya tiap-tiap 1 jam 30 minit bas berhenti di dua bandar. Kami sampai di Baguio City jam 3.15 petang. Perjalanan dari Angeles City ke Baguio City sejauh 138 km mengambil masa selama 6 jam.

     Cuaca di Baguio City amat sejuk 10°C. Kami menaiki MPV teksi ke hotel dengan bayaran 150 peso.
Kami mengambil satu bilik hotel sahaja yang menyediakan 6 buah katil dengan bayaran 4,200 Peso semalam. Jarak hotel dari central market kira-kira 2 km. Dengan menaiki jeepney bayarannya sebanyak 52 Peso untuk 6 orang.

Di dalam Jeepney ketika di Baguio City.

Pertama kali menaiki Jeepney di Baguio City.

     Keadaan Baguio City amat menarik penuh dengan pelancong tempatan dan pelancong asing. Keadaan muka bumi yang berbukit-bukit, serta bangunan di bandar yang tersusun dan rumah-rumah tersusun di teren-teren ketinggian bukit 400 meter.

Rumah tempatan di Baguio City.



Rumah disini dibina secara manual dan bertingkat.


     Yang uniknya rumah-rumah batu dikatakan dibina secara manual dan bahan-bahan binaan diangkut keatas melalui tangga secara 'pas-pas bertali arus'. Tiada jalan yang dibina, semua penghuni dan barang-barang yang dibawa semuanya melalui tangga.

Ketika di stesen Jeepney di Baguio City.

Kesibukkan warga kota Baguio.


Deretan Jeepney menunggu pelanggan.

Kesibukkan jalan raya di Baguio City.

Bersiar-siar di kawasan Central Market.


Antara buah tarikkan di Baguio City: Strawberry.

Berjalan-jalan di Central Market.

Suasana di Central Market Baguio City.

Strawberry segar yang dibeli.

     Ketika berada di Baguio City beberapa tempat-tempat menarik dilawati, tetapi di dalam blog ini hanya dicatitkan sepintas lalu pengalaman kami d Tree Top Adventure. Kami menyewa MPV dengan pemandu tempatan untuk bersiar-siar sehari dengan bayaran 3,000 Peso.

Burham Park di Baguio City.

Bersiar di Burham Park.

    Tree Top Adventure terletak di dalam John Hay Camp. John Hay Camp suatu ketika dahulu ialah tempat riadah orang-orang Amerika Syarikat sehingga tahun 1991. Setelah itu, John Hay Camp telah menjadi tempat pelancongan di Baguio City. Kedudukan John Hay Camp ialah kira-kira 5,000 kaki dari paras laut, dan ini menjadikan antara tempat yang tertinggi di kawasan Baguio City.

    Setiba di pintu masuk Tree Top Adventure, kami di berikan taklimat keselamatan sebelum memasuki kawasan Tree Top Adventure. Kami berenam semua menaiki 'Canopy & Funicular Ride' menuju ke beberapa stesen di atas pokok. Setiap perjalanan menaiki Canopy Ride ini dihadkan kepada 4 orang. Kami menaiki secara bertiga-tiga untuk setiap perjalanan Canopy Ride.

Antara pakej yang disediakan.

     Untuk perjalanan Canopy Ride ini, terdapat 3 stesen pertukaran dan setiap stesen ini terletak pada pokok Pine. Ketinggian pokok Pine yang dilalui kira kira 70-100 meter dari tanah. Walaupun terdapat perasaan takut dan gentar ketika menaiki Canopy Ride ini, ia adalah suatu pengalaman yang sungguh indah kerana dapat memerhati keindahan Baguio dari kawasan pergunungan.


Ketika di Tree Top Adventure.

Pemandangan dari atas stesen Canopy Ride.


Menaiki Canopy Ride.

Diatas Canopy Ride pada ketinggian 70 meter.

Pemandangan dari Canopy Ride.

Pemandangan ke arah stesen Canopy.


                                       
   Setelah menaiki fasa pertama 'Canopy ride', kami menuju ke 'Superman Station', dimana 3 orang dari kami mencuba menaiki 'Superman ride'. Di sini, peserta akan di ikat dan dijajarkan di atas palang besi dan menyerupai kedudukan Superman terbang. Apa yang menarik ialah 'Superman ride' ini melancarkan peserta ke arah ruang yang lebih luas dengan kelajuan yang tinggi. Bayangkan anda dilancarkan ke arah yang lebih tinggi melalui kabel pada ketinggian kira kira 200 meter dari tanah!

Whooshh, Superman Ride.

Superman Ride.

Superman Ride.

    Setelah itu, kami menuju ke 'Funicular Ride', 'Funicular Ride' ini membawa kami ke 'Canopy Ride' fasa kedua yang untuk menuju ke 'Base Station'. Perjalanan fasa kedua ini melalui 3 lagi stesen di atas pokok Pine.

Bergambar di Tree Top Adventure.

Diatas Canopy Ride.

Diatas Canopy Ride.
Diatas Furnicular Ride.

Diatas laluan tanah.

Menuruni bukit.

Rehat dan bergambar.

Udara yang nyaman di kawasan pergunungan.

Diatas Canopy.

Bersama Isteri.


Ketika di 'Base Station'.

Melawat Mines View Park.


                                                       Pemandangan dari Mines View.

Berlatar belakangkan Baguio City.


    Kami pulang ke Malaysia keesokan harinya pada hari Isnin dengan menaiki kenderaan yang sama. Kos perjalanan ke Manila adalah berjumlah 8,000 Peso. 7,500 Peso untuk tambang dan 500 Peso untuk bayaran tol. Bagi mereka yang ingin melawati Baguio City dari Manila, terdapat juga perkhidmatan bas disediakan dari Pasay City ke Baguio City dengan bayaran kira-kira 480 Peso seorang. Tambang yang sama dikena bagi perjalanan dari Baguio City ke Pasay City. Namun, anda perlu tahu jarak terminal bas Pasay City ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menaiki teksi. Perjalanan menaiki bas dari Pasay City ke Baguio City boleh mengambil masa 9 hingga 10 jam untuk sampai.

   Tepat pukul 4.00 pagi, kami menaiki van MPV untuk ke Manila. Perjalanan kali ini mengambil masa kira kira 6 jam. Kami tiba di Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino. Penerbangan kami ditunda selama sejam dan kami cuma boleh menaiki pesawat pada pukul 5 petang. Kami selamat tiba di LCCT pada kira-kira pukul 9 malam.

Menunggu penerbangan pulang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan