Isnin, 10 Jun 2013

MASJID BESAR DUN SUNGAI RAMBAI

Sungai Rambai Melaka terletak 32km dari Bandaraya Melaka Bersejarah bakal mempunyai sebuah Masjid Besar yang indah. Masjid yang menelan kos RM3.5 juta terletak di km32 Lebuh AMJ bersebelahan R&R arah utara sedang rancak dalam pembinaan. Mengikut jadual kerja pembinaan dijangka siap pada pertengahan tahun 2014.
     Masjid ini akan mempunyai kapasiti 2000 jemaah dan akan dilengkapkan berbagai kemudahan termasuk 6 buah kelas Akademik Al-Quran, lapangan serbaguna, taman permainan dan gelanggang serta kedai serbanika.
     Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pembinaan Masjid Besar DUN Sungai Rambai, YB Datuk Hassan bin  Abd Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Rambai dan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, selain menjadi Masjid Jamek bagi DUN Sungai Rambai, ianya akan diaktifkan sebagai pusat pembangunan modal Insan dan menyemarakkan shiar Islam. Sehubungan dengan itu sebuah Akaun Wakaf/Derma untuk Dana Pembinaan Masjid telah dilancarkan. Orang ramai yang ingin mewakafkan/menderma kepada Pembinaan Masjid Besar Sungai Rambai bolehlah memasukkan terus ke akaun Maybank No: 154053488791. Sumbangan dengan cek atas nama: TABUNG PEMBANGUNAN MASJID BESAR SUNGAI RAMBAI.
     Alamat surat menyurat:
        Kompleks JAPERUN Sungai Rambai,
        77400 Sungai Rambai Melaka
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
        Tuan Haji Hussin bin Haji Muhamad ( Setiausaha) Tel: 019-6662594
        Tuan Haji Mohd bin Isnin (Bendahari) Tel: 012-9347767 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan