Rabu, 12 Jun 2013

MENYINGKAP AKTIBITI JOM KE KENYIR BOAT ON THE ROAD

Jom ke Kenyir 'BOAT ON THE ROAD'  merupakan Siri Ekspedisi Sambil Santai Tahunan anjuran Berita Harian dan TV3 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Trengganu, Polis Di Raja Malaysia dan Kelab 4 x 4 Selangor.
     Ekspedisi sambil bersantai di Tasik Kenyir Trengganu pertama kalinya diadakan pada tahun 2010 telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan di kalangan kaki pancing dan keluarga serta orang ramai untuk berehat dan menghayati suasana dan pemandangan alam tasik buatan manusia yang indah.
     Pada tahun 2013 ini Boat On The Road diadakan pada 14, 15 & 16 Jun 2013
     Setiap pesert yang menyertai pertandingan memancing dikenakan pakej yuran penyertaan sebanyak RM250.00 seorang.
     Bagi kategori 'Boat House' pakej RM250.00 itu meliputi
        *Penginapan/Makan minum di Boat House
        *Memancing dalam Boat House
        *Cenderahati (kemeja-T)
        *Jamuan Penutup
      Bagi kategori 'Casting' pakej RM250.00 itu meliputi
         *Penginapan/Makan minum di Boat House
         *Cenderahati (kemeja-T)
         *Jamuan Penutup
Hadiah-Hadiah yang disediakan untuk dimenangi bagi kategori Boat House dan Casting adalah wang tunai sebanyak RM75,000.00 serta hadiah iringan

      KATEGORI CASTING              KATEGORI BOAT HOUSE
      Juara (Kumpulan)                    Juara (Individu)
      RM15,000.00                          RM8,000.00
       Hadiah iringan                         Hadiah Iringan
        + Engin Bot
       Ke-2 (Kumpulan)                     Ke-2 (Individu)
        RM10,000.00                         RM5,000.00
        Hadiah iringn                          Hadiah Iringan
        Ke-3 (Kumpulan)                    Hadiah ke-3 (Individu)
        RM5,000.00 (Kumpulan)         RM3,000.00 (Individu)
         Hadiah iringan.                      Hadiah Iringan
        Ke-4 (Kumpulan)                    Ke-4 (Individu)
        RM2,000.00                           RM1,000.00
        3 Pemenang (Kumpulan)         3 Pemenang (Individu)
        RM500.00                              RM500.00
        Hadiah iringan                         Hadiah iringan
        3 Pemenang (Kumpulan)         3 Pemenang (Individu)
        Hadiah iringan                         Hadiah iringan
HADIAH KHAS RM20,000.00 BAGI TANGKAPAN SEEKOR IKAN ARAPAIMA
Sebuah bot berserta engin bot dan barangan letrik disediakan untuk cabutan bertuah.
         SPESIES YANG DIPERTANDINGKAN (TERBERAT)
              Sebarau 2 ekor              Temoleh 1 ekor             Toman 1 ekor
               Kelah 1 ekor                  Siakap 1 ekor                Patin 1 ekor
               Kaloi 1 ekor                    Baung 4 ekor                Belida 1 ekor

PERTANDINGAN KATEGORI BOAT HOUSE (DASAR)
 Para peserta amat selesa. Mereka tidur, maka minum, mandi dan bersantai di dalam boat house.
Boat dibawa ke lobok tertentu terus boleh memancing bila diistiharkan oleh marshall.  Mereka boleh terus memancing hingga jam 11.00 malam bersambung semula jam 7.00 pagi esoknya sehingga jam 11.00 pagi. Mereka dibenar menggunakan sebarang jenis umpan (ikan hidup, udang, kelapa sawit,dedak dan fly, cacing, umpun, ulat kecuali organ haiwan, anak itek serta umpan tapa tidak dibenarkan. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu set joran pada satu-satu masa. Hanya satu set joran gantian dibenarkan dalam masa pertandingan.

PERTANDINGAN KATEGORI CASTING (BERDASARKAN  PENGALAMAN TAHUN 2012)
   Peserta dikehendaki menyediakan set boat sendiri (atau sendiri sewa). Setiap kumpulan mengandungi 2 dan tidak lebih 3 peserta.
   Semua boat berkumpul di medan pelepasan di Pengkalan Gawi. Setiap peserta dimestikam memakai jacket keselamatan.  Sebaik sahaja upacara pelepasan ., semua boat peserta dikehendaki mengekuri boat pandu hingga ke suatu tempat yang dinamakan 'Checking Point'. Di sana beberapa boat marshall telah menunggu. Setiap boat peserta akan dipereksa oleh Marshall untuk menentukan tidak ada apa-apa umpan ikan di dalam boat. Peserta casting disyarat menggunakan gewang sahaja (umpan tiruan) di dalam pertandingan. Setelah Marshall berpuashati peserta memakai jeket keselamatan dan hanya membawa dua set pancing (seorang) serta gewang (tiada lain-lain umpan), maka setiap boat diberi sekeping check in pass dan menampal stika bernombor besar pada penutup engin. Nombor itu sama dengan nombor check in pass. Setelah itu boat yang telah disahkan akan dibenar memasuki zon memancing. Peserta dibenar memancing secara casting atau trolling di dalam zon memancing. Mereka dilarang melintasi atau melewati sempadan zon memancing di mana telah ditandakan bola atau boyer di kawasan-kawasan tertentu. Marshall-marshall berkeliaran secara terang atau secara menyorok untuk mencatitkan nombor yang terpampang di atas penutup engin jika ada diantara peserta melakukan kesalahan atau melanggar peraturan. Kesalahan-kesalahan yang senang di kesan dari jauh ialah:
  1. Tidak memakai jeket keselamatan ketika berada di dalam boat.
  2. Memancing dasar
  3. Melewati zon memancing

Sebilangan boat memancing secara trolling. Dengan menggunakan enjin 1.5 atau  2hp, berkuasa bateri kereta, mereka hanya perlu mendirikan set pancing yang terpasang gewang meluncur terus ke hulu ke hilir secara senyap. Cara pancingan ini amat berkesan kerana berdasarkan BOTR 2012 beberapa ranking utama diperolehi oleh kumpulan trolling berengin kuasa bateri.

Di tengah kawasan zon memancing ditempatkan sebuah boat urusetia. Peserta yang berjaya menangkap ikan dikehendaki menghantar ke urusetia untuk ditimbang dan direkodkan. Mereka dikehendaki menyerahkan tangkapan bersama check in pass. Jika pihak urusetia ada menerima laporan daripada Marshall mereka telah melakukan kesalahan maka ikan yang diserah dikira terbatal dan ikan itu akan dilepaskan ke air jika masih hidup.

Penganjur mengekalkan konsep tangkap dan lepas yang mesti dipatuhi oleh setiap peserta. Ia membabitkan spesis sebarau dan lain-lain spesis. Semua tangkapan ikan spesis toman mesti diserah ke meja hakim dalam keadaan hidup. Semua spesis ikan selepas ditimbang akan dilepaskan ke sangkar bertenang untuk beberapa minit. Jika dalam tempoh beberapa minit ikan yang dilepaskan itu bertambah lemah dan tidak boleh dilepaskan ke tasik maka ikan itu dianggap mati. Ikan toman yang mati selepas ditimbang dan direkodkan akan ditolak 5% dari berat asal.

Waktu memancing bagi kategori casting hari pertama bermula 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Mereka boleh balik ke Boat House waktu tengahari untuk makan atau bila-bila masa yang dikehendaki. Bagi peserta yang hendak berhenti memancing pada hari itu dikehendaki menyerahkan kad check in kepada urusetia. Bagitu juga semua pemancing dikehendaki menyerahkan kad check in mereka sebelum jam 7.00 petang.
   Pada hari berikutnya pertandingan memancing bermula jam 7.00 pagi. Ketua Kumpulan dikehendaki mendaftar dengan mengambil kad check in di meja urusetia. Pertandingan tamat jam 10.00 pagi.
Selepas tamat pertandingan para peserta balik ke Boat House. Boat masing-masing diikat di belakang Boat House untuk dibawa balik ke Pengkalan Gawi.
  Upacara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Trengganu pada jam 3.00 petang.




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan